Suatu ketika dahulu,
aku tidak pernah berpaling
dan terus memandang
bayanganmu yang semakin menjauh.
Suatu ketika dahulu,
aku tidak pernah melangkah
merawat hati yang rekah
mengutip harapan yang pecah.
Suatu ketika dahulu,
aku kekal terpaku
menunggu dan menunggu dan menunggu
kepulangan dalam rindu.
Suatu ketika kini
Jangan pinta aku jatuh cinta padamu kembali
kerana aku tidak pernah memungkiri
kerana aku masih di sini.
Nukilan pena:
KetamGila MadCrab
S24, Shah Alam,
26-10-2015,
2114hrs
Puisi - Jangan Pinta Aku Jatuh Cinta Padamu Kembali
Written By Pentadbir on Monday, October 26, 2015 | 9:24 PM
Related Games
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
See all postsMasih sempatkah lagi esok untuk seorang anak? Koghieng Lautan Tarian Yang Menyentuh Jiwa Cindai - Siti Nurhaliza
Lagu Dan Ulasan
"Yang Mana Satu" Lagu Ciplak?
07 Feb 2013
Jangan cepat melompat! Dalam aku merayau-rayau cari lagi klasik aku terjumpa lagu ini nyanyian Bi... Read more
tahniah cik! moga pak cik selalu dalam keadaan berbahagia selalu Rabbitmp3 Download
ReplyDelete