Latest Post

Puisi - Jangan Pinta Aku Jatuh Cinta Padamu Kembali

Written By Pentadbir on Monday, October 26, 2015 | 9:24 PM

Suatu ketika dahulu,
aku tidak pernah berpaling
dan terus memandang
bayanganmu yang semakin menjauh.

Suatu ketika dahulu,
aku tidak pernah melangkah
merawat hati yang rekah
mengutip harapan yang pecah.

Suatu ketika dahulu,
aku kekal terpaku
menunggu dan menunggu dan menunggu
kepulangan dalam rindu.

Suatu ketika kini
Jangan pinta aku jatuh cinta padamu kembali
kerana aku tidak pernah memungkiri
kerana aku masih di sini.

Nukilan pena:
KetamGila MadCrab
S24, Shah Alam,
26-10-2015,
2114hrs

Puisi - Jawapan Neon 2

Written By Pentadbir on Thursday, October 22, 2015 | 10:46 PM

Jawapan Neon 2


 Aku yang semakin malap
buta dalam kesamaran
menggapai dalam kejauhan
masih mencari kekuatan
yang tinggal sisa-sisa

Aku yang semakin tuli
mendengar pada kebisuan
menelek pada bisikan
dan terkapar dalam keriuhan

Aku yang tidak lagi bersuara
hanya mengelus rajuk hiba
dalam satu dambaan
bernama penyendirian.

Adhoc Idea:
KetamGila MadCrab
S24, Shah Alam
22-10-2015 

2247hrs. 

Puisi - Bila kau tak berkata apa-apa

Written By Pentadbir on Wednesday, October 21, 2015 | 1:49 PM

Bila kau tak berkata apa-apa

Bila kau tak berkata apa-apa
aku jadi tertanya-tanya
apa yang terpendam
apa yang tenggelam
apa yang terdendam
apa yang terkalam

Bila kau tak berkata apa-apa
aku jadi keliru
apa yang terbuku
apa yang terbeku

Bila kau tak berkata apa-apa
aku tidak mendengar apa-apa

Adhoc Idea:
KetamGila MadCrab
S24, Shah Alam
21-10-2015
1347hrs.

Puisi - Topeng Kehidupan

Written By Pentadbir on Thursday, October 1, 2015 | 6:06 AM

Izinkan aku
menyingkap senyuman
dan menadah airmata duka
yang tidak pernah terpamer
selama ini.

Izinkan aku
menyingkap keceriaan
dan meningkah sedu sedan
yang tidak pernah berlagu
ketika ini.

Izin aku
menyingkap kepura-puraan
yang membelenggu
satu kehidupan

Adhoc Idea:
KetamGila MadCrab
S24, Shah Alam
30-09-2015
2216hrs.

Puisi Lintang Pukang 3

Written By Pentadbir on Thursday, June 25, 2015 | 7:57 AM

Aku hanya separuh waras
Gila pula di bawah aras
Kalau sunyi aku menebas

Dari puncak sampai belebas
Sambil meninjau bas yang lepas
Dari atas bukit dengan kaki kebas
Tenangkan hati rehat sampai puas
Tunggu WhatsApp belum berbalas
Mohon maaf dosa yang lepas
Dari kawan-kawan juga bekas-bekas
Sementara hidup sebelum aku keras.

Adhoc idea:
KetamGila MadCrab
SDMC Subang Jaya
17-06-2015
0925hrs.

Elias Shah Meninggal Dunia

Written By Pentadbir on Tuesday, March 10, 2015 | 7:42 PM

Sumber Utusan Online

Harun Salim Bachik meninggal dunia

Written By Pentadbir on Monday, March 9, 2015 | 1:25 AM

Sumber: Utusan Online

Sepanjang Zaman - Rafeah Buang

Written By Pentadbir on Thursday, May 2, 2013 | 9:30 PM

60an - Roziah Latiff

60an - S Mariam

60an - J Kamisah