Home » , » Puisi: Hanya secebis kenangan (1)

Puisi: Hanya secebis kenangan (1)

Written By Pentadbir on Tuesday, November 20, 2012 | 7:58 PM

Bermulanya Satu Penyendirian
 
Suatu waktu dulu,
ketika cinta mencurangi dirimu,
ketika hati dihambat sayu,
aku muncul,
dengan secebis hati pilu,
dengan rindu yang berlalu,

Dan
kita berdua mencuba semula,
membina impian dari sisa-sisa,
yang terbiar dan sia-sia,

Dan
kembali kita mencipta sejarah,
dari satu kelukaan yang parah,
yang berdarah dan bernanah,

Rupanya,
aku hanya sandaran,
ketika usia meniti zaman,
 sebelum kau memulakan satu penyendirian.

K.G. Zan,
Shah Alam,
21/11/2012 - 1154hrs

Share this article :

0 comments:

Post a Comment