Bahagian 1
Masih aku ingat,
Ketika itu aku diheret di celah ribu
Padang NSCRC tempat dituju
di tepi pentas telah tertumpu
ruang jelas jadi kelabu
Lalu,
kelihatan gagah seraut wajah
si songkok senget mula bermadah
mengangkat tangan sambil merayu
bersatulah bangsaku
Itulah Tun Razak
ketika mencari titik pertemuan
memperkenalkan gabungan terbesar rakyat sezaman
Bahagian II
Masih aku ingat,
Sebulan sudah,
satu cermah di belakang rumah
memaki mencaci penuh fitnah
memekik terlolong sumpah seranah
Dan semalam,
juga di belakang rumah yang kelam
kembali rioh suara menderam
menangkis menepis dengan geram
Bukan aku yang memutuskan
Adhoc Idea:
KetamGila MadCrab
12/02/2013 - 7:24pm


Koleksi lagu ini disediakan untuk mengingatkan kita pada kegemilangan lagu-lagu klasik. Banyak di antara lagu-lagu ini telah digubah semula. Pilihan di sini dibuat berdasarkan lagu-lagu yang pernah saya dengar dan minati satu masa dahulu. Saya akan mengemaskinikannya dari masa ke semasa. Anda hanya perlu klik pada tajuk lagu tersebut untuk ke YouTube.









Ahmad CB
Ahmad Jais
Alfian
Jasni
M Bakri
Oslan Husein
R Azmi
R Ismail
Said Effendi
Sam Saimun
Kosong

