Latest Post
Hanya dapat kubayangkan
Written By Pentadbir on Tuesday, March 5, 2013 | 11:08 AM
Hanya dapat kubayangkan
perit kulit
pedih luka
jerut maut
di hujung senjata
Hanya dapat kubayangkan
sedih pilu
sendu sayu
isteri dan anak-anakmu
mendengar berita
Hanya dapat kubayangkan
jiwa cekal
semangat kental
menentang si dajal
Di celah-celah airmata ini
marah dan dendam membara
pada si Kitul yang derhaka
pada si laknat yang mencela
atas pengorbananmu PERWIRA
Di celah-celah airmata ini
Kutangisi pemergianmu PEMBELA PERTIWI
adhoc:
K.G. Zan,
Shah Alam
05032014-1056hrs
Untuk Pahlawan yang terkorban di Lahad Datu akibat penceroboh Sulu!
perit kulit
pedih luka
jerut maut
di hujung senjata
Hanya dapat kubayangkan
sedih pilu
sendu sayu
isteri dan anak-anakmu
mendengar berita
Hanya dapat kubayangkan
jiwa cekal
semangat kental
menentang si dajal
Di celah-celah airmata ini
marah dan dendam membara
pada si Kitul yang derhaka
pada si laknat yang mencela
atas pengorbananmu PERWIRA
Di celah-celah airmata ini
Kutangisi pemergianmu PEMBELA PERTIWI
adhoc:
K.G. Zan,
Shah Alam
05032014-1056hrs
Untuk Pahlawan yang terkorban di Lahad Datu akibat penceroboh Sulu!
Puisi: Bukan Aku Yang Memutuskan
Written By Pentadbir on Tuesday, February 12, 2013 | 7:38 PM
Bahagian 1
Masih aku ingat,
Ketika itu aku diheret di celah ribu
Padang NSCRC tempat dituju
di tepi pentas telah tertumpu
ruang jelas jadi kelabu
Lalu,
kelihatan gagah seraut wajah
si songkok senget mula bermadah
mengangkat tangan sambil merayu
bersatulah bangsaku
Itulah Tun Razak
ketika mencari titik pertemuan
memperkenalkan gabungan terbesar rakyat sezaman
Bahagian II
Masih aku ingat,
Sebulan sudah,
satu cermah di belakang rumah
memaki mencaci penuh fitnah
memekik terlolong sumpah seranah
Dan semalam,
juga di belakang rumah yang kelam
kembali rioh suara menderam
menangkis menepis dengan geram
Bukan aku yang memutuskan
Adhoc Idea:
KetamGila MadCrab
12/02/2013 - 7:24pm
Lagu Pilihan - Melayu Klasik - Duet
Written By Pentadbir on Monday, February 11, 2013 | 3:04 AM
Koleksi lagu ini disediakan untuk mengingatkan kita pada kegemilangan lagu-lagu klasik. Banyak di antara lagu-lagu ini telah digubah semula. Pilihan di sini dibuat berdasarkan lagu-lagu yang pernah saya dengar dan minati satu masa dahulu. Saya akan mengemaskinikannya dari masa ke semasa. Anda hanya perlu klik pada tajuk lagu tersebut untuk ke YouTube.Semoga anda juga akan menikmatinya.
|
||||||||||||||||
|
|
|
|
|||||||||||||
Lagu Pilihan - Melayu Klasik - Perempuan
Written By Pentadbir on Saturday, February 9, 2013 | 2:12 AM
Koleksi lagu ini disediakan untuk mengingatkan kita pada kegemilangan lagu-lagu klasik. Banyak di antara lagu-lagu ini telah digubah semula. Pilihan di sini dibuat berdasarkan lagu-lagu yang pernah saya dengar dan minati satu masa dahulu. Saya akan mengemaskinikannya dari masa ke semasa. Anda hanya perlu klik pada tajuk lagu tersebut untuk ke YouTube.
Semoga anda juga akan menikmatinya.
Semoga anda juga akan menikmatinya.
Ellya Khadam![]() |
| ||||
Hasnah Thahar![]() |
| ||||
Kamariah Ahmad![]() |
| ||||
Kamariah Noor![]() |
| ||||
Momo Latif![]() |
| ||||
Nona Asiah![]() |
| ||||
Rosiah Chik![]() |
| ||||
Sharifah Noor![]() |
| ||||
| S Radziah |
| ||||
Zaharah Agus![]() |
| ||||
| XXX |
|
Lagu Pilihan - Melayu Klasik - Lelaki
Written By Pentadbir on Friday, February 8, 2013 | 4:10 PM
Koleksi lagu ini disediakan untuk mengingatkan kita pada kegemilangan lagu-lagu klasik. Banyak di antara lagu-lagu ini telah digubah semula. Pilihan di sini dibuat berdasarkan lagu-lagu yang pernah saya dengar dan minati satu masa dahulu. Saya akan mengemaskinikannya dari masa ke semasa. Anda hanya perlu klik pada tajuk lagu tersebut untuk ke YouTube.
Semoga anda juga akan menikmatinya.
Sekiranya kotak Tetingkap Baru tidak berfungsi 'uncheck' kotak tersebut
Semoga anda juga akan menikmatinya.
Sekiranya kotak Tetingkap Baru tidak berfungsi 'uncheck' kotak tersebut
Ahmad CB |
|
Ahmad Jais |
|
Alfian |
|
Jasni |
|
M Bakri |
|
Oslan Husein |
|
R Azmi |
|
R Ismail |
|
Said Effendi |
|
Sam Saimun |
|
Kosong |
"Yang Mana Satu" Lagu Ciplak?
Written By Pentadbir on Thursday, February 7, 2013 | 5:11 PM
Jangan cepat melompat! Dalam aku merayau-rayau cari lagi klasik aku terjumpa lagu ini nyanyian Bing Slamet dan Ratna tahun 1956. Masa itu aku pun belum lahir lagi.
Ternyata susunan musik dan melodinya berlainan. Walau bagaimana pun aku rasa konsep lagu ini mempunyai persamaan. Mari kita dengar kedua-dua lagu tersebut.
Yang ini lagu Bing Slamet dan Ratna
Yang ini pula nyanyian P. Ramlee dan Saloma
Ternyata susunan musik dan melodinya berlainan. Walau bagaimana pun aku rasa konsep lagu ini mempunyai persamaan. Mari kita dengar kedua-dua lagu tersebut.
Yang ini lagu Bing Slamet dan Ratna
Yang ini pula nyanyian P. Ramlee dan Saloma
Puisi: Hanya secebis kenangan (1)
Written By Pentadbir on Wednesday, November 21, 2012 | 11:58 AM
Bermulanya Satu Penyendirian
Suatu waktu dulu,
ketika cinta mencurangi dirimu,
ketika hati dihambat sayu,
aku muncul,
dengan secebis hati pilu,
dengan rindu yang berlalu,
Dan
kita berdua mencuba semula,
membina impian dari sisa-sisa,
yang terbiar dan sia-sia,
Dan
kembali kita mencipta sejarah,
dari satu kelukaan yang parah,
yang berdarah dan bernanah,
Rupanya,
aku hanya sandaran,
ketika usia meniti zaman,
sebelum kau memulakan satu penyendirian.
K.G. Zan,
Shah Alam,
21/11/2012 - 1154hrs
Suatu waktu dulu,
ketika cinta mencurangi dirimu,
ketika hati dihambat sayu,
aku muncul,
dengan secebis hati pilu,
dengan rindu yang berlalu,
Dan
kita berdua mencuba semula,
membina impian dari sisa-sisa,
yang terbiar dan sia-sia,
Dan
kembali kita mencipta sejarah,
dari satu kelukaan yang parah,
yang berdarah dan bernanah,
Rupanya,
aku hanya sandaran,
ketika usia meniti zaman,
sebelum kau memulakan satu penyendirian.
K.G. Zan,
Shah Alam,
21/11/2012 - 1154hrs
Puisi: Rupanya Cinta Itu Semakin Indah
Written By Pentadbir on Wednesday, October 31, 2012 | 2:54 AM
Rupanya cinta itu semakin indah
bila mimpi mengulit lena
dan mengintai nostalgia
Rupanya cinta itu semakin indah
bila terlerai tangan di persimpangan
walau sedetik dihujung perpisahan
Rupanya cinta itu semakin indah
bila senyum meniti bibir
dan kata bertingkah-tingkah
Rupanya cinta itu semakin indah
bila kerinduan semakin mengada-ngada
mencari ruang dalam kejauhan
Rupanya cinta itu semakin indah
dalam doa di kaki Kaabah.
Nukilan Pena:
K.G. Zan,
Shah Alam
0246hrs
31hb Oktober 2012
bila mimpi mengulit lena
dan mengintai nostalgia
Rupanya cinta itu semakin indah
bila terlerai tangan di persimpangan
walau sedetik dihujung perpisahan
Rupanya cinta itu semakin indah
bila senyum meniti bibir
dan kata bertingkah-tingkah
Rupanya cinta itu semakin indah
bila kerinduan semakin mengada-ngada
mencari ruang dalam kejauhan
Rupanya cinta itu semakin indah
dalam doa di kaki Kaabah.
Nukilan Pena:
K.G. Zan,
Shah Alam
0246hrs
31hb Oktober 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)














Ahmad CB
Ahmad Jais
Alfian
Jasni
M Bakri
Oslan Husein
R Azmi
R Ismail
Said Effendi
Sam Saimun
Kosong


