Suatu ketika dahulu,
aku tidak pernah berpaling
dan terus memandang
bayanganmu yang semakin menjauh.
Suatu ketika dahulu,
aku tidak pernah melangkah
merawat hati yang rekah
mengutip harapan yang pecah.
Suatu ketika dahulu,
aku kekal terpaku
menunggu dan menunggu dan menunggu
kepulangan dalam rindu.
Suatu ketika kini
Jangan pinta aku jatuh cinta padamu kembali
kerana aku tidak pernah memungkiri
kerana aku masih di sini.
Nukilan pena:
KetamGila MadCrab
S24, Shah Alam,
26-10-2015,
2114hrs
Pages
▼
Monday, October 26, 2015
Thursday, October 22, 2015
Puisi - Jawapan Neon 2
Jawapan Neon 2
Aku yang semakin malap buta dalam kesamaran menggapai dalam kejauhan masih mencari kekuatan yang tinggal sisa-sisa Aku yang semakin tuli mendengar pada kebisuan menelek pada bisikan dan terkapar dalam keriuhan Aku yang tidak lagi bersuara hanya mengelus rajuk hiba dalam satu dambaan bernama penyendirian. Adhoc Idea: KetamGila MadCrab S24, Shah Alam 22-10-2015 2247hrs. |
Wednesday, October 21, 2015
Puisi - Bila kau tak berkata apa-apa
Bila kau tak berkata apa-apa
Bila kau tak berkata apa-apa
aku jadi tertanya-tanya
apa yang terpendam
apa yang tenggelam
apa yang terdendam
apa yang terkalam
Bila kau tak berkata apa-apa
aku jadi keliru
apa yang terbuku
apa yang terbeku
Bila kau tak berkata apa-apa
aku tidak mendengar apa-apa
Adhoc Idea:
KetamGila MadCrab
S24, Shah Alam
21-10-2015
1347hrs.
Bila kau tak berkata apa-apa
aku jadi tertanya-tanya
apa yang terpendam
apa yang tenggelam
apa yang terdendam
apa yang terkalam
Bila kau tak berkata apa-apa
aku jadi keliru
apa yang terbuku
apa yang terbeku
Bila kau tak berkata apa-apa
aku tidak mendengar apa-apa
Adhoc Idea:
KetamGila MadCrab
S24, Shah Alam
21-10-2015
1347hrs.
Thursday, October 1, 2015
Puisi - Topeng Kehidupan
Izinkan aku
menyingkap senyuman
dan menadah airmata duka
yang tidak pernah terpamer
selama ini.
Izinkan aku
menyingkap keceriaan
dan meningkah sedu sedan
yang tidak pernah berlagu
ketika ini.
Izin aku
menyingkap kepura-puraan
yang membelenggu
satu kehidupan
Adhoc Idea:
KetamGila MadCrab
S24, Shah Alam
30-09-2015
2216hrs.
menyingkap senyuman
dan menadah airmata duka
yang tidak pernah terpamer
selama ini.
Izinkan aku
menyingkap keceriaan
dan meningkah sedu sedan
yang tidak pernah berlagu
ketika ini.
Izin aku
menyingkap kepura-puraan
yang membelenggu
satu kehidupan
Adhoc Idea:
KetamGila MadCrab
S24, Shah Alam
30-09-2015
2216hrs.
Thursday, June 25, 2015
Puisi Lintang Pukang 3
Aku hanya separuh waras
Gila pula di bawah aras
Kalau sunyi aku menebas
Dari puncak sampai belebas
Sambil meninjau bas yang lepas
Dari atas bukit dengan kaki kebas
Tenangkan hati rehat sampai puas
Tunggu WhatsApp belum berbalas
Mohon maaf dosa yang lepas
Dari kawan-kawan juga bekas-bekas
Sementara hidup sebelum aku keras.
Adhoc idea:
KetamGila MadCrab
SDMC Subang Jaya
17-06-2015
0925hrs.
Gila pula di bawah aras
Kalau sunyi aku menebas
Dari puncak sampai belebas
Sambil meninjau bas yang lepas
Dari atas bukit dengan kaki kebas
Tenangkan hati rehat sampai puas
Tunggu WhatsApp belum berbalas
Mohon maaf dosa yang lepas
Dari kawan-kawan juga bekas-bekas
Sementara hidup sebelum aku keras.
Adhoc idea:
KetamGila MadCrab
SDMC Subang Jaya
17-06-2015
0925hrs.







